Aku nak kau
tinggalkan anak aku. Orang macam kau tak layak nak jadi menantu aku.Faham
Tapi abah...
Tak ada
tapi-tapi. Aku nak kau berambus dari sini sekarang jugak. Perempuan sial macam
kau tak layak nak bersama anak aku. Berambus
Hanya Tuhan yang
tahu perasaan aku yang terpaksa meninggalkan suami yang terlantar koma di
hospital.
Abang,maafkan
Syika. Bukan niat Syika untuk tinggalkan
abang. Moga kita bertemu lagi abang.
Ibu, Akif lapar.
Nak makan.
Kenangan 5 tahun
dulu lenyap begitu sahaja.
Ya, aku hanya ada
Ryan Akif. Dialah buah hatiku.
Kau ni anak dah
nangis lapar boleh lagi senyum. Mari sini Akif Acik Lisa suapkan. Tunggu ibu
kau tu kebuluran la jawabnya.
Dari kau mengelamun
tu baik kau call si Zara tu. Tak reti nak balik rumah agaknya.
Aku hanya tersenyum
dengan telatah teman serumah yang merangkap teman baik aku.
Woi senyum
sorang-sorang. Sewel gamaknya.
Kau ni nasib aku
tak ada jantung tau. Kalau tak dah lama aku jalan. Tu Lisa dah membebel kau
balik lambat tau.
Dia tu tak
habis-habis membebel je 24 jam. Jom masuk dah lewt ni.
Jom.
Malamnya rumah
kami gamat dengan gelak ketawa. Ryan Akif hanya melihat dengan pandangan kosong
kerana aku tahu dia tidak mengerti dengan apa yang kami bualkan.
Aku nak balik
Semenanjung minggu depan dengan Lisa. Kau nak ikut tak?
Aku tersentak.
Sepanjang 5
tahun aku menetap di Sabah, bila di suakan pertanyaan ini aku sebak. Banyak
kenangan di semenanjung aku cuba lupakan.
La,kau ni aku
tanya boleh kau termenung. Sampai bila kau nak menetap kat sini? Tak teringin
ke nak jumpa family kau kat Terengganu? Dah 5 tahun kau tak balik tau.
Perasaan sebak
menular dalam jiwaku.
Akif dah siap
makan ke? Jom masuk tidur sayang.
Aku melangkah
longlai ke bilik. Pertanyaan itu sungguh mengguris hati.
Ibu nangis? Akif
ada buat ibu sakit ke?
Mata Akif mula berair. Memang pantang bila dia melihat
aku menangis.
Tak la sayang
mata Ibu masuk habuk. Tidur la sayang.
Akhirnya aku
terlena dengan sisa tangisan yang tak mungkin ada kesudahan.
Syika, bangun
la. Kau ni payah betul nak bangun pagi la. Kan pagi ni birthday Akif. Jom buat
suprise party.
Ya Allah macam
mana aku boleh lupa ni. Kejap aku siap.
Hari itu kami
membawa Akif keluar untuk menyambut hari lahirnya yang kelima.
Tiba-tiba Akif
yang riang memotong kek senyap bila terpandang satu keluarga yang sempurna di
depan kami.
Ibu, kenapa akif
tak ada papa macam dia?
Aku sebak. Tidak
pernah dia suarakan pertanyaan seperti itu. Mungkin sekarang dia sudah sedar
akan kekurangan kami. Tiada lelaki yang bergelar suami dan ayah dalam kehidupan
kami berdua. Mungkin Akif sudah besar sekarang. Patutkah aku meluahkan segala
kepahitan yang pernah berlaku suatu masa dulu?
Bila fajar
mentari mula menghilangkan diri, kami pulang ke rumah. Akif tertidur kerana
keletihan. Mungkin penat berhibur seharian mengelilingi Kota Kinabalu.
Usai mandi
telefon aku berdering. Panggilan itu hanya dibiar sepi sehingga deringannya mati. Baru sahaja aku
melangkah bunyi nyaring menusuk lagi ke
teligaku.
Siapa pulak call
malam-malam buta ni. Kacau jela. Omelku sendirian.
Terus telefon
itu aku ambil dan menuju ke koridor. Kulihat Akif lena dibuai mimpi setelah
dimandikan.
Telefon sekali
lagi berhenti berdering. Mungkin salahku kerana lambat menekan butang hijau.
Tapi aku
terkejut bila melihat data panggilan masuk.
Itu adalah
nombor kakak yang telah lama tidak aku hubungi setelah meninggalkan semenanjung
5 tahun lepas.
Pantas aku
menekan butang panggilan.
Usai meletak
telefon perasaan aku bercelaru. Air mata yang pantas mengalir diseka. Aku
sebak. Selam 5 tahun aku meninggalkan
segala kenangan yang aku ada. Harapan supaya aku pulang oleh keluarga
semakin menebal. Bukan niatku menjauhka n diri dari dari semua orang,
tetapi sekadar mengubat lukaku yang parah. Aku buntu bila memikirkan semua
pekara yang berlaku.
Aku tekad. Tiket
sudahku beli. Penerbangan sehala untuk 2 orang. Rakan serumahku terkejut dengan
tindakan aku yang dianggap sebagia terburu-buru. Mereka tidak faham. Perasaan
rindu terhadap keluarga setelah lama berpisah menular dalam diriku.
Akhirnya bumi
Terengganu yang telah 5 tahun ku
tinggalkan kembali ku jejaki. Berdebar, takut semuanya betrsarang dlam diri. Ya
Allah tabahkanlah hati hambamu ini.
Mataku meliar
mencari seseoarng. Seseorang yang telah lama aku tinggalkan. Aku disapa lembut
dari belakang. Hati menjadi sayu, lantas air mataku bejuraian mengikut rentak
jantungku yang laju berdegupan. Pantas diriku di peluk erat. Akif kaku melihat perlakuan sebegitu.
Ibu..akhirnya
aku sedar di dalam jaga.
Kau dah besar
dik. Dah berubah. Dah lama akak jejak kau. Sekarang baru kau lembut hati nak
balik? Kenapa kau buat macam ni dik? Betapa derita dan peritnya kami bila kau
pergi dik. Aku dihujani peluru soalan.
Banyak yang
diceritakan oleh kakakku sepanjang perjalanan. Akif tertidur dalam kepenatan.
Destinasi yang dituju sampai jua. Aku
menjadi lemah untuk jejaki kaki ke rumah itu.
Ma..akhinya aku
berbicara.Kulihat wajah tua itu penuh hiba. Aku dipeluk seerat-eratnya. Mana
mungkin aku sanggup tinggalkan ibuku
dulu. Betapa kejamnya aku. Ya Allah ampunkan hambamu ini.
Akif yang tadi
diam akhirnya tersenyum melihat drama tersebut.
Ibu, ini Tok Wan
ye..ibu selalu cerita pasal Tok wan.
Lantas tangan
anakku ditarik dalam pelukan.
Ya, ak berjanji
tidak akan sesekali meninggalkan dirinya. Itu janjiku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan