4 september 2014...macam biasa pagi tu aku pergi kerja, walaupun aku memang dah tak ada hati nak kerja kat situ. aku sampai tu, aku tengok diaorang tengah cerita, sambil nangis. adalah aku dengar perkataan 'excident' tapi buat derk jela sebab aku jarang je cakap ngan diaorang tu. mungkin salah sorang staf excident kot, aku cakap dalam hati. masa kat punch carad aku terdetik nak tanya, kenapa, sebab aku tengok yang sorang tu meraung mengalahkan apa ntah..
Innalilillah...salah seorang pekerja maut dalam kemalangan waktu balik kerja semalam (4 September 2014). patut la budak tu meraung bagai nak rak, pakwe dia yang meninggal..aku ucapkan takziah pada kau dan kelurga dik. aku kenal kau tak lama, tapi aku dapat rasa yang kau anak yang baik, taat pada ibu bapa. kau banyak tolong aku, ajar aku kalau aku tak tau kod barang.memang aku ucapkan banyak terima kasih kat kau dik. memang aku terasa kehilangan kau tu, sebab dah tak ada orang yang nak tolong aku packing barang, sebab biasanya kau je yang tolong aku..tapi sebelum kau pergi dik aku ada la perasan, cara kau tengok aku sayu sangat. tapi aku tak tau kenapa. apa pun salah kau, aku maafkan dik. x ada sekelumit pun perasaan marah kat kau dalam hati ni..semua aku maafkan. aku harap kau aman kat sane dik dan ditempatkan bersama orang-orang beriman..amin..
dalam ramai-ramai pekerja lelaki kat situ, kau yang paling steady dik, cara pakai kau, cakap kau, kau yang paling selamba, xde la nak bergaya macam orang lain..insyaallah, selagi aku ingatkan kau dik, aku sentiasa sedekahkan al-fatihah kat kau.....
Ni Laa Tempat Aku Luah Perasaan Yang Terpendam
Segalanya Bermula Disini
-Satu Cabaran Yang Menjadi Realiti-
Sabtu, 18 Oktober 2014
SaKIt PulaK Ati KIte...
23 september 2014...bermulanya aku sebagai seorang cashier.mana tempat tak mau cakap..heheheh..biarlah rahsia. mula-mula masuk ada la sorang akak ni, duk mengarah aku itu ini, kononnya nak ajar aku la...okey fine, aku terima..senior nak ajarkan.anggap satu ilmu.
masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya, aku terima lagi..okey, senior nak ajar..cukup seminggu, aku naik meluat dengan minah ni.kecik besor je aku tengok (kenyataannya dia memang besor pun). sampai ke rehat pun nak tanya aku kod gula tu macam mana..bodoh ke apa.aku baru je nak pejam mata, alih-alih dia tanya, " dik kalau kod gula 24 berapa, 12 berapa...bal..bla..bla..bla"..x ke bangang perempuan ni.adoi, sakitnya hati aku. ingat aku ni bangang sangat ke kak oiii? biar jela aku rehat dulu. masa kerja tanya la.ni salah orang je awak nampak ye. yang ni paling aku bengang. kononnya nak training aku la petang tu, suruh aku macam-macam, tapi dia senyap je duk berborak ngan akak sunsilk tu, xingat dunia. barang customer aku kira, aku packing, dia mengular.bila-bila cakap la " dik kau buat kerja akak, akak nak berborak". kan senang. ni cakap nak training la apa la, cakap la kau malas. sakit pulak hati.
kalau tak sebab aku nak save duit tuk konvo memang hari kedua aku cabut dah. tapi ingatkan konvo aku kena redhakan diri hadap kerja kat sana. ngan orang lain aku okey lagi, bila tengok dia je aku menyampah..sabar jela. dia cuti dah dua kali, tapi cuti aku boleh cut-cut pulak ye..adil ke macam tu. sebab minah ni la aku kena kerja direct 12 hari.nak mampos siot..bila aku pertikaikan still nak menang dia..bila aku cakap doubleday dia cakap tak..nasib baik akak kerani tu double day kat punch card aku, lau tak memang sakit hati le aku..
ni yang paling aku bangang, bila laki dia nak bayar "dik bagi la laki akak dulu, satu barang je". kalau orang lain nak beli topup je pun dia cakap "beratur ye, orang lain boleh beratur, barang sikit jugak"..memang minah ni aku mark la..2 minggu lagi aku ne tahan. sebab dia nan bos kedekut dia la aku berhenti kerja..dah terlalu sakit hati, tu yang aku berhenti.lain kali memang aku tak bagi la orang yang aku kenal kerja kat sini. dengan pengurusan teruk, suka bergaduh sesama sendiri, macam-macam la. sedih pulak aku kerja kat sini. memang menyesal aku cakap.
#kesabaranmanusiaterbatasjugajanganingatkitaselalubetul#

Rabu, 4 Jun 2014
Alhamdulillah...dapat aku habiskan praktikal 4 bulan di Penang..rasa sekejap masa berlalu....tapi syukur ke hadrat ilahi kerana masih panjangkan umurku, ibuku dan keluargaku.
Akhirnya saat yang ditunggu2 selama ni dah tiba..tahun terakhir pengajian!!Akhirnya aku bergelar siswazah..Syukur Alhamdulillah..berkat kesabaran dan kesungguhan aku dapat harunginya.. Tapi sedih bila kejayaan aku tak dapat diraikan dengan insan tersayang yang terlebih dahulu meninggalkan aku..Al-Fatihah buar arwah Abah..semoga abah berada di sisi orang-orang beriman..
Yeah!!malam ni packing2 baju nak balik rumah.dah xsabar dah..hahahah..

Rabu, 9 April 2014
hai.. kepada semua yang mengenali atau dikenali..rasanya sudah lama aku tidak bertamu dalam ruangan syahdu ini..kini aku kembali lagi bersama rentak waktu yang semakin jauh meninggalkan masa-masa lalu..namun tidak pada kenangan semalan yang masih segar diingatan membelenggu jiwa nan lara..untuk sekian kalinya aku hadir pasti dengan nada-nada syahdu nyanyian rindu sang kekasih yang ditinggalkan..bukan niatku untuk membangkit tetapi sekadar mengungkit untuk melepaskan rantai kehamapaan dihati..bukan lupa tetapi tak ingat lagi walaupun kenangan itu masih mampu menghancurkan hati dan perasaan..sudah lama aku menghilangkan diri dari daerah ini membawa hati yang terluka..dan selama itulah aku menyepikan diri darimu dan dari semua orang..bukan tiada lagi cinta atau rindu tetapi aku sekadar ingin membalut lukaku yang parah...cukup sudah rasanya aku berendam air mata, cukup sudah jeritan batinku memberontak..namun tiada siapa yang mampu mendengarnya..kerana aku memang pandai melakonkan watakku yang sentiasa tersenyum seperti kajol dalam kuck kuch hota hai dan seerti erra fazira yang menangis sendirian dalam pasrah kerana dikhianati..terus terang kukatakan padamu dan pada semua orang dulu aku mungkin menyanyanginya sepenuh hati dan perasaanku.kepercayaan juga kuserahkan 100%kepadanya...namun kini semuanya hilang tidak bersisa lagi..yang tinggal adalah kenangan...tapi kasih dan cintaku masih seperti dahulu..rasanya tawar bak air hujan,tidak dan tidak lagi semanis nescafe kegemaranku..bukan aku menghina dirinya,bukan aku mengeji dirinya, namun rasanya dia tidak tahu menilai mana satu permata dan mana satu kaca..dan sekarang semua iti tidak penting lagi bagiku kerana aku bahagia dengan perjalanan hidupku..walaupun sendirian namun aku gembira keran itulah rentak hidu yang aku dambakan sejak dulu.........
ahhhh...penat nyerr..bangun pagi benda sama juga nk buat.bangun, mandi, solat, bersiap...and then menunggu..hadoiiiii penat sih..tinggal sebulan lebih je lagi.dah tak mampu aku nak teruskan hidup di tanah Penang ni. Ya Allah, tabahkan hati aku...ada je tempat dekat yang boleh pergi praktikal, tapi gatal nak pergi jauh..tulah padahnya, cakap orang tua tak pernah nak dengar..rasakan penangan tu..hoho..tapi Alhamdullillah sepanjang praktikal ni, aku di kurniakan insan-insan yang baik di samping menjadi pembimbing..
Enche Boss walaupun nampak serius tapi lawak jugak. kadang-kadang nak gelak je tengok dia..tapi tulah mento yang sporting.
Puan Rosse, walaupun nampak lembut, ayu, tapi ada juga tegasnya..kadang-kadang takut jgk..asal dia lalu aku buat-buat bzy, padahal 24 jam duk ngadap fb je..kuikuikui
Enche Nazrim...ntah nak ckp apa pesonalitinya,, nmpak bersahaja jerr, buat derk je, tapi yang aku respect dia memang rajin.tu memang tak dinafikan
En. Mansor, watak kebapaan ada dalam dirinya, walaupun kadang-kadang aku tak paham sangat loghat utara ni...
Enche. Kamal ni aku suka, bapa kewangan..hahahahah..kot2 le dapat elaun lebih bulan depan kaaannnnnn...
Enche. Malik vs En. Zul, serius la aku cakap, dalam 100% korang cakap hari-hari tu, dalam 45% jer aku paham..yang laen aku sengih-sengih je sebab tak paham.korang cakap laju beb..kalah keretapi laju jepun tu..speed berapa la yanag korang guna tu ye...
Enche. Habib ko sempoi, tapi pemalasnya punyalah tahap gapan. ntah apa2 je ko ni kan..aku tau sebab kerja ni xkene ngn jiwa ko kan..nak berhenti kann kerja payah sekarang ni..layan jela..kot2 dapat jadi pengarah ke lepas ni..datang ler kerja awal sikit..adoiii kau ni pun
Enche Shaiful,, yang ni aku suke..sempo,sepoi semua aku bagi kat dia.memang satu kepala tapi kadang-kadang segan jugak kan,al- maklum la aku ni praktikal je..so,,kena la jaga batas tu..
Yang penting diaorang memang sporting habis. xsia2 la aku praktikal kat sini..dapat pengalaman, dapat kawan..walaupun tak tahun duk Penang i, tapi demi tanggungjawab aku pikul je..Kaaaannnn...
Leynda Sams,
09/04/14

Selasa, 23 April 2013
Biarkan Kenangan Itu Berlalu..Bab 1
Aku nak kau
tinggalkan anak aku. Orang macam kau tak layak nak jadi menantu aku.Faham
Tapi abah...
Tak ada
tapi-tapi. Aku nak kau berambus dari sini sekarang jugak. Perempuan sial macam
kau tak layak nak bersama anak aku. Berambus
Hanya Tuhan yang
tahu perasaan aku yang terpaksa meninggalkan suami yang terlantar koma di
hospital.
Abang,maafkan
Syika. Bukan niat Syika untuk tinggalkan
abang. Moga kita bertemu lagi abang.
Ibu, Akif lapar.
Nak makan.
Kenangan 5 tahun
dulu lenyap begitu sahaja.
Ya, aku hanya ada
Ryan Akif. Dialah buah hatiku.
Kau ni anak dah
nangis lapar boleh lagi senyum. Mari sini Akif Acik Lisa suapkan. Tunggu ibu
kau tu kebuluran la jawabnya.
Dari kau mengelamun
tu baik kau call si Zara tu. Tak reti nak balik rumah agaknya.
Aku hanya tersenyum
dengan telatah teman serumah yang merangkap teman baik aku.
Woi senyum
sorang-sorang. Sewel gamaknya.
Kau ni nasib aku
tak ada jantung tau. Kalau tak dah lama aku jalan. Tu Lisa dah membebel kau
balik lambat tau.
Dia tu tak
habis-habis membebel je 24 jam. Jom masuk dah lewt ni.
Jom.
Malamnya rumah
kami gamat dengan gelak ketawa. Ryan Akif hanya melihat dengan pandangan kosong
kerana aku tahu dia tidak mengerti dengan apa yang kami bualkan.
Aku nak balik
Semenanjung minggu depan dengan Lisa. Kau nak ikut tak?
Aku tersentak.
Sepanjang 5
tahun aku menetap di Sabah, bila di suakan pertanyaan ini aku sebak. Banyak
kenangan di semenanjung aku cuba lupakan.
La,kau ni aku
tanya boleh kau termenung. Sampai bila kau nak menetap kat sini? Tak teringin
ke nak jumpa family kau kat Terengganu? Dah 5 tahun kau tak balik tau.
Perasaan sebak
menular dalam jiwaku.
Akif dah siap
makan ke? Jom masuk tidur sayang.
Aku melangkah
longlai ke bilik. Pertanyaan itu sungguh mengguris hati.
Ibu nangis? Akif
ada buat ibu sakit ke?
Mata Akif mula berair. Memang pantang bila dia melihat
aku menangis.
Tak la sayang
mata Ibu masuk habuk. Tidur la sayang.
Akhirnya aku
terlena dengan sisa tangisan yang tak mungkin ada kesudahan.
Syika, bangun
la. Kau ni payah betul nak bangun pagi la. Kan pagi ni birthday Akif. Jom buat
suprise party.
Ya Allah macam
mana aku boleh lupa ni. Kejap aku siap.
Hari itu kami
membawa Akif keluar untuk menyambut hari lahirnya yang kelima.
Tiba-tiba Akif
yang riang memotong kek senyap bila terpandang satu keluarga yang sempurna di
depan kami.
Ibu, kenapa akif
tak ada papa macam dia?
Aku sebak. Tidak
pernah dia suarakan pertanyaan seperti itu. Mungkin sekarang dia sudah sedar
akan kekurangan kami. Tiada lelaki yang bergelar suami dan ayah dalam kehidupan
kami berdua. Mungkin Akif sudah besar sekarang. Patutkah aku meluahkan segala
kepahitan yang pernah berlaku suatu masa dulu?
Bila fajar
mentari mula menghilangkan diri, kami pulang ke rumah. Akif tertidur kerana
keletihan. Mungkin penat berhibur seharian mengelilingi Kota Kinabalu.
Usai mandi
telefon aku berdering. Panggilan itu hanya dibiar sepi sehingga deringannya mati. Baru sahaja aku
melangkah bunyi nyaring menusuk lagi ke
teligaku.
Siapa pulak call
malam-malam buta ni. Kacau jela. Omelku sendirian.
Terus telefon
itu aku ambil dan menuju ke koridor. Kulihat Akif lena dibuai mimpi setelah
dimandikan.
Telefon sekali
lagi berhenti berdering. Mungkin salahku kerana lambat menekan butang hijau.
Tapi aku
terkejut bila melihat data panggilan masuk.
Itu adalah
nombor kakak yang telah lama tidak aku hubungi setelah meninggalkan semenanjung
5 tahun lepas.
Pantas aku
menekan butang panggilan.
Usai meletak
telefon perasaan aku bercelaru. Air mata yang pantas mengalir diseka. Aku
sebak. Selam 5 tahun aku meninggalkan
segala kenangan yang aku ada. Harapan supaya aku pulang oleh keluarga
semakin menebal. Bukan niatku menjauhka n diri dari dari semua orang,
tetapi sekadar mengubat lukaku yang parah. Aku buntu bila memikirkan semua
pekara yang berlaku.
Aku tekad. Tiket
sudahku beli. Penerbangan sehala untuk 2 orang. Rakan serumahku terkejut dengan
tindakan aku yang dianggap sebagia terburu-buru. Mereka tidak faham. Perasaan
rindu terhadap keluarga setelah lama berpisah menular dalam diriku.
Akhirnya bumi
Terengganu yang telah 5 tahun ku
tinggalkan kembali ku jejaki. Berdebar, takut semuanya betrsarang dlam diri. Ya
Allah tabahkanlah hati hambamu ini.
Mataku meliar
mencari seseoarng. Seseorang yang telah lama aku tinggalkan. Aku disapa lembut
dari belakang. Hati menjadi sayu, lantas air mataku bejuraian mengikut rentak
jantungku yang laju berdegupan. Pantas diriku di peluk erat. Akif kaku melihat perlakuan sebegitu.
Ibu..akhirnya
aku sedar di dalam jaga.
Kau dah besar
dik. Dah berubah. Dah lama akak jejak kau. Sekarang baru kau lembut hati nak
balik? Kenapa kau buat macam ni dik? Betapa derita dan peritnya kami bila kau
pergi dik. Aku dihujani peluru soalan.
Banyak yang
diceritakan oleh kakakku sepanjang perjalanan. Akif tertidur dalam kepenatan.
Destinasi yang dituju sampai jua. Aku
menjadi lemah untuk jejaki kaki ke rumah itu.
Ma..akhinya aku
berbicara.Kulihat wajah tua itu penuh hiba. Aku dipeluk seerat-eratnya. Mana
mungkin aku sanggup tinggalkan ibuku
dulu. Betapa kejamnya aku. Ya Allah ampunkan hambamu ini.
Akif yang tadi
diam akhirnya tersenyum melihat drama tersebut.
Ibu, ini Tok Wan
ye..ibu selalu cerita pasal Tok wan.
Lantas tangan
anakku ditarik dalam pelukan.
Ya, ak berjanji
tidak akan sesekali meninggalkan dirinya. Itu janjiku
9/11/11 x akan dilupakan...
Kenangan tu xakan aku lupakan sampai bile2..tulah kenangan terpahit dalam 23 tahun aku hidup.terlalu perit nak terimanya...tapi di telan jua..
9hb/
November/ 2011, Hospital Besar Tuanku Nur Zahirah Kuala Terengganu, Jam 5.30am,
Tingkat 3 Wad CCU Katil No.3 Perginya insan kerdil kembali mengadap penciptanya
pada usia 54tahun 8 bulan 3 hari.
Pemergiannya bukan kerana membenci mahupun
memungkiri segala janji tapi perginya untuk menyambut panggilan ilahi.
Sesuatu
yang pasti kerana ALLAH S.W.T itu tidak pernah terleka dari ketetapannya walau
untuk sekelumit masa. Malaikat yang patuh yang mustahil ketaatannya runtuh
terhadap segala janji yang telah diputus rapi sebelum roh ditiup ke dalam diri.
Aku menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan walalupun hati masih belum
mampu menerima kehilangan abah yang tersayang. Belum sempat aku memberikan
kemewahan hidup padanya Tuhan terlalu menyayanginya.
Hampir 2 tahun berlalu, tapi terasa bagai 2 hari..Begitu payah nak aku lupakan insan yang telah memberikan aku kehidupan..semoga ALLAH SWT sentiasa memberi rahmat kepadanya agar jauh dari api neraka.. Ya Allah kadang-kala aku tak kuat tuk hadapi semua ni, aku x snggup..kau ampunilah dosanya Ya Allah...
Langgan:
Catatan (Atom)