9hb/
November/ 2011, Hospital Besar Tuanku Nur Zahirah Kuala Terengganu, Jam 5.30am,
Tingkat 3 Wad CCU Katil No.3 Perginya insan kerdil kembali mengadap penciptanya
pada usia 54tahun 8 bulan 3 hari.
Pemergiannya bukan kerana membenci mahupun
memungkiri segala janji tapi perginya untuk menyambut panggilan ilahi.
Sesuatu
yang pasti kerana ALLAH S.W.T itu tidak pernah terleka dari ketetapannya walau
untuk sekelumit masa. Malaikat yang patuh yang mustahil ketaatannya runtuh
terhadap segala janji yang telah diputus rapi sebelum roh ditiup ke dalam diri.
Aku menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan walalupun hati masih belum
mampu menerima kehilangan abah yang tersayang. Belum sempat aku memberikan
kemewahan hidup padanya Tuhan terlalu menyayanginya.
Hampir 2 tahun berlalu, tapi terasa bagai 2 hari..Begitu payah nak aku lupakan insan yang telah memberikan aku kehidupan..semoga ALLAH SWT sentiasa memberi rahmat kepadanya agar jauh dari api neraka.. Ya Allah kadang-kala aku tak kuat tuk hadapi semua ni, aku x snggup..kau ampunilah dosanya Ya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan